assalamualaikum


Monday, July 02, 2012

Tiada Pengganti...


Assalamualaikum wbt…

Saya dilahirkan dr rahim seorg ibu yang mulia…
Ketika di awal kelahiran, mak tidak tidur mlm demi menenangkan anak yg menangis tidak henti…

Mak  mengajar saya membaca Al-Quran…kadang2 suara mak tinggi, kadang2 cubitan hinggap di tangan atau kaki…air mata turut menemani sambil tersedu sedan membaca Kalam Allah…

Namun tangan itulah yg menyuapkan saya nasi, memandikan saya dan anak2nya yg lain…

Mak  mengajar saya bersolat…mak mengajar dengan garang…tetapi usahanya itu membuahkan hasil hingga ke hr ini…

Suatu masa sy berasa amat marah pd abah…tapi mak datang mengusap belakang badan saya dengan lembut..tiada sepatah kata yg keluar dr bibir saya…hanya tangisan ketenangan yg memenuhi jiwa…

Saya berasa gelisah dgn assignment2 yg menimbun, peperiksaan yg bakal menjelang…mak sentiasa mengingatkan supaya zikir selalu, doa banyak2…moga Allah tenangkan hati…

****************************
Abah sgt memanjakan saya…sewaktu kecil, abah membawa saya ke hulu ke hilir dngn menaiki motor…

Jika saya demam, abah selalu meletakkan saya dlm dukungannya…dan abah tetap membeli aiskrim yg saya gemari…

Baju sekolah saya abah yg jahitkan…sehinggalah sekolah menengah…
Buku2 teks pula…abah yg balutkan…

Tentang duit…abah x terlalu berkira dgn saya…abah kata yg penting belajar sungguh2…jgn risau nk keluarkan duit untuk makan…

Dua org insan yg sangat2 saya sayangi…takkan ada pengganti bagi mereka di dalam hati saya...Allah menganugerahkn mereka kpd sy dan adik-beradik yg lain…juga sebagai aki dan atok yg penyayang kpd cucu2 mereka…

Ya Allah…hamba memohon kepada-Mu...tempatkan mereka di antara syurga2-Mu…jauhkan mereka daripada azab kubur dan seksa api neraka…
Ameen Ya Rabb…

Sekian…wassalam
Uhibbukum fillah

1 comment:

There was an error in this gadget