assalamualaikum


Saturday, July 14, 2012

Cepat-cepat Sedar~~~


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, sepanjang hr ini diisi dgn perkara yg bermanfaat. Sebelah pagi, sy menghadiri seminar kesedaran kanser. Sgt banyak ilmu yg diperolehi. Terima kasih kpd Exco Pendidikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKTHO yg menjemput sy dan rakan2 utk turut serta dalam seminar tersebut. Alhamdulillah…(^_^)

Mostly peserta wanita yg memenuhi balai ilmu. Huhuhu. Memang kebanyakannya berfokus pd masalah kaum wanita, tapi kaum lelaki pun sepatutnya ambil tahu akan perkara ni..
Kat bawah ni adalah antara perkara yang saya perolehi…jom kita kongsi sama2..(^_^)

v Nak tahu?

- kanser payudara adalah pembunuh pertama wanita di Malaysia (kanser servik pun dah sama    ranking dengan kanser payudara)

- kanser pangkal rahim di ranking ke-2

v Kanser payudara

- sel2 kanser(malignan) yg berkumpul dalam tisu2 payudara

- disebabkan oleh kumpulan sel2 tidak normal di sekitar kawasan payudara

1) Lobus- penghasilan susu
2) Duktus- susu dialirkan ke putting
3) Tisu lemak jarang berlaku

- antara tanda2 kanser payudara:

1) ketulan di sekitar kawasan payudara yg tidak rata
2) pembentukan lekukan di bawah kulit
3) warna kulit berubah menjadi oren
4) tekstur kulit menebal
5) putting semakin tertarik ke dalam
6) keluar darah atau cecair dari puting tanpa sebab

v Tahap2 kanser

 Peringkat 1: ketumbuhan sekitar 2 cm, belum merebak
 Peringkat 2: ketumbuhan masih sekitar 2 cm, telah mula merebak
 Peringkat 3: ketumbuhan sekitar 5 cm, merebak ke bahagian sepanjang tulang dada
 Peringkat 4: merebak ke bahagian tulang, paru2, hati dan otak

v Penyebab kanser payudara

 - genetik, sejarah keluarga
 - tidak pernah bersalin atau mengandungkan anak
 - mengambil pil perancang keluarga (Estrogen, Eksogenus)
 - mengambil alcohol berlebihan
 - makanan yang berkarsinogen (ikan bakar, satay (alamak….huhuhuhu))
 - MASALAH HAID (haaaaaa, majority wanita mengalami masalah ni..)

Sebenarnya banyak lagi maklumat yg saya dapat, tapi tunggu next entry untuk maklumat lanjut ye…(^_^)

Sebelum tu, sebelah petang pulak, sy dan rakan2 menziarah seorang pensyarah kami yang disahkan menghidap minor stroke…sedih hati bila tgk ustaz terbaring je…jalan pun kena berpapah…hmmmm

Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau dan keluarga…dan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau…ameen…

Sekian..wassalam
Uhibbukum fillah 

No comments:

Post a Comment