assalamualaikum


Saturday, August 04, 2012

Hati yang baru


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah... sampai jugak pada 15 ramadhan 1433H…setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani… Alhamdulillah…(^_^)

Entry sebelum ini saya ade menyentuh tentang ujian dalam bulan Ramadhan yang bermacam-macam variasi..

Iblis dan sekutunya dirantai..tapi kita kena ingat, nafsu tetap ada dan setia dalam diri..sebab salah satu unsur penciptaan manusia ialah….NAFSU. Macam2 jenis nafsu ada, rasanya semua orang tahu kan..(^_^)

Alhamdulillah, hari ni dapat keluar sebentar dari “kurungan”, berjalan-jalan melihat masyarakat luar, beli baju kembang utk anak sedare kesayangan..n macam2 lagi. Selain tu, dapat mencari ruang untuk diri sendiri… nikmat masa yang Allah berikan tu memang tak terkata…Alhamdulillah…

Beberapa hari ini, hati dan akal fikiran 30% gagal mengawal perasaan dengan baik. Tidak tahu ke mana tercampaknya akal fikiran dan hati ketika itu. Tapi, saya bersyukur kerana masih ada yang sudi mendengar dan menasihati diri ini… terima kasih sahabat..(^_^)

Setelah melalui tempoh yang agak sukar(sukar bagi sayalah), Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat menjernihkan akal dan hati daripada prasangka yang tidak baik kepada orang. Sebab ada sorang individu kesayangan ada berpesan beberapa perkara kepada saya:

1) jangan ingat yang kita sentiasa betul
2) anggap orang lain pon pernah terase dengan kita
3) istighfar
4) dalam hati cakap kuat2: “lantak kaulah!”(hahaha, perlu tak saya buat macam ni?)

Nasihat2 yang sangat berguna kepada saya. Memang betul, kita sebagai seorang manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Ada masa rasa nak marah je. Ada masa nak tengking orang. Ada masa sampai nak belasah orang..huhuhu. Tapi tu semua tak perlu… apa yang perlu ialah sentiasa beringat. Ingatkan diri bahawa kita bukannya sentiasa betul dalam setiap tindakan. Walhal dalam diri setiap daripada kita ada terselit keburukan atau kelemahan. Oleh sebab tu, berhati-hatilah dalam setiap tutur kata dan gurauan, kerana bimbang akan mengguris perasaan yang mendengar. Berjaga-jagalah dalam setiap perbuatan, kerana bimbang akan tersilap langkah. Kadang2, berdiam diri itu lebih baik.

Tidak mungkin untuk saya meminta Allah menggantikan hati saya dengan hati yang baru, tapi dalam erti kata lain, semoga Allah membantu saya dalam menyucikan hati daripada segala dosa yang pernah saya lakukan…

Kepada teman2, maafkan segala kesilapan saya kepada kalian, tegurlah saya apabila saya melakukan sesuatu keburukan, ingatkan saya dengan janji2 Allah yang pasti bagi orang yang sentiasa bersabar…(^_^)

Sekian untuk entry kali ni…
Wassalam
Uhibbukum fillah