assalamualaikum


Tuesday, June 12, 2012

Persahabatan...


Assalamualaikum wbt…

Persahabatan,
Indah apabila disulami kejujuran dan keikhlasan…
Tawa dan duka dikongsi bersama…
Susah dan senang tetap berpadu…

Persahabatan,
Ada kasih dan sayang di dalamnya…
Ada kesilapan dan kebenaran padanya…
Ada pengorbanan dan kesetiaan sebagai rencahnya…

Namun,
Apa yang tinggal…
Jika persahabatan dikhianati…
Kerana hasad dan dengki menulari darah daging…
Hati membusuk dek amarah dan benci…
Bernanah…berduri…

Apalah kiranya…
Jika tolak ansur menjadi pegangan diri…
Keikhlasan menyeri peribadi…
Kasih sayang menyatu hati…
Hasad dan dengki dipatri kemas…
Agar persahabatan ini kukuh selamanya...
Sebagaimana cinta para sahabat pada Kekasih-Nya.

p/s: rindu pd sahabat2...(^_^)

No comments:

Post a Comment