Assalamualaikum wbt..
Sangat2 lama tak mencoretkan apa2
di sini. Terlalu banyak perkara yang dilalui, ketawa dan air mata mengiringi
perjalanan hidup. Hari ini, jari-jemari
ingin mencatat peringatan untuk diri sendiri dan rakan yang lain juga.
Manusia itu dilahirkan dalam
keadaan fitrah yang suci dan bersih. Namun, apabila semakin meningkat usia,
perkara yang buruk dan baik itu saling bertingkah seterusnya menjadikan setiap
individu itu ada kebaikan dan keburukan dalam dirinya. Begitu juga dengan diri
ini. Keburukan seseorang sering diungkit apabila berlaku pertelingkahan. Walhal
kesalahan yang dilakukan hanya sebesar kuman dan bisa dimaafkan begitu sahaja. Itulah
tugas syaitan yang sangat suka membisikkan hasutannya. Namun, kita sebagai
makhluk mulia yang diciptakan Allah, bukankah lebih baik menggunakan akal
dengan sebaik-baiknya. Berfikir dahulu
sebelum bertindak atau berkata-kata. Itu lebih disukai Allah. Silaturrahim itu
yang lebih penting untuk dipelihara. Kita juga perlu sentiasa beringat, akal yang
bersih akan memandu hati ke arah yang baik juga. Atau hati yang memandu akal? Tak
kisahlah yang mana dulu, yang penting kedua-duanya penting untuk dijaga.
Oleh itu, peliharalah akal agar
sentiasa memikirkan tentang perkara yang positif. Fikirkan betapa Maha Penyayangnya
Allah kepada kita, kerana Dia menganugerahkan kita orang2 yang mengasihi kita.
Allah itu Maha Adi sifatnya. Maka, kita juga perlu bersikap adil terhadap diri
sendiri dan orang lain. jika kita mahu Allah menjaga aib diri kita di akhirat
nanti, maka didiklah diri untuk sentiasa menjaga aib orang lain. Diri tidak akan menjadi tenang apabila kita
menjaja aib orang lain, malah fikiran dan hati akan terus dihimpit perasaan
yang tidak pernah puas dan amarah yang membelenggu. Ya Allah, semoga
hamba-hamba-Mu ini dijauhkan daripada sikap sedemikian.
Hakikatnya, saya juga tidak terlepas melakukan kesalahan seperti ini. Saya memohon maaf kepada rakan-rakan yang pernah tergurus dengan setiap percakapan dan tindak tanduk yang tidak menyenangkan di mata dan hati kalian. sememangnya saya akui, keburukan dalam diri ini melebihi kebaikan. namun, saya tidak berharap dacing amalan saya memberat kepada yang batil. Na'uzubillahi min zalik...=(
Rasanya dah panjang jemari ni
menaip. Semoga Allah membuka minda dan hati kita untuk sentiasa berlapang dada
dengan setiap perkara yang berlaku. kalau orang sering berkata, ada udang di
sebalik batu, maka kerapkanlah juga berbicara bahawa ada hikmah di sebalik setiap
kejadian. In sya’ Allah.
Senyum selalu. :-)
Uhibbukum fillah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment