assalamualaikum


Tuesday, April 19, 2011

Takdir Allah, siapa yang tahu!

Assalamualaikum and a very good day!

Mengambil kesempatan ini menukilkan rasa kesyukuran kehadrat Allah Subhanu wa ta'ala kerana masih diberi keizinan untuk berpijak di atas bumi ciptaan-Nya sebelum tiba saat kehancuran. Usia kini sudah semakin meningkat. Kudrat diri juga semakin berkurangan walaupun sebenarnya masih tergolong dalam kalangan orang muda. Dunia sekarang ni, macam2 penyakit yg dah x mampu ditafsir oleh pakar2 perubatan sedunia. Ssebelum sempat bertemu penawar, Malaikat Izrail telah terlebih dahulu menjemput kita kepangkuan kekasih Maha Agung..mungkinkah dalam beberapa detik ini..tiba giliran kita pula..

Peristiwa terbaru ini adalah pemergian seorang insan yang bergelar pensyarah, guru, anak, suami dan bapa..Arwah Encik Zakaria bin Kaliman @ cik ya.. Beliau mengajar saya dan classmate dalam subjek Perkembangan Kanak2. 2 minggu sebelum pemergiannya, arwah cik ya telah menyertai kami dalam program BIG (Bina Insan guru). dan itu adalah aktiviti terakhir kami bersama-samanya...

Saat mendengar perkhabaran pemergian beliau, hati saya tersentap. Fikiran juga seperti menidakkan. Tangan yg sedang meng"iron" baju pon terhenti. Namun, zikir istighfar cpt2 dilafazkan..sesungguhnya mati itu satu kepastian. Innalillah.. tidak mampu rasanya untuk mengulas panjang.. Cuma berharap agar semua mendoakan arwah digolongkan bersam org2 yg beriman dan beramal soleh dan mendapat kemuliaan di sisi Allah..amin Ya Rabbal 'Alamin..

Sekian..May Allah Bless all of us..

Uhibbukum fillah..

Wassalam..

2 comments: